Tuesday, January 31, 2012

Perbualan Telefon Dengan JPA Apply Biasiswa

Selepas bercuti satu semester untuk fikir-fikir pasal pertukaran kos, aku masuk sem semula dengan kursus yang sama, engineering. Boleh baca sebabnya aku maintain kos ini. Nak jadi cerita, aku tak dapat biasiswa JPA untuk semester baru sebabnya tiada keputusan peperiksaan semester lepas.Macam mana nak ada, aku tak masuk exam.

Pagi tu tengah aku dok revise sebab ada paper final exam, sorang akak ni call.

JPA     : Akak dari JPA, awak ada hantar surat kan? Berkenaan dengan biasiswa(memang dia bahasakan akak)
Aku     : Ya, saya Cik Sarimah.
JPA     : Bos akak nak review balik masalah adik supaya biasiswa adik diteruskan semula. Adik ni salah sikit sebenarnya sebab tidak maklumkan pada pihak kami adik bercuti satu semester.

(aku tak maklumkan sebab aku lupa,ingatkan tak penting..anyway,aku kan nak tukar kos time tu)

Aku     : Saya ada maklumkan tapi melalui pihak fakulti. Dalam borang yang... (ayat aku tak habis kena potong kat akak tu)
JPA     : Sepatutnya adik kena tulis surat. Tapi takpe.Unutuk bos akak review ni, adik kena buat balik surat jabatan, medical record etc..
Aku     : Ok. Saya akan buat 5 surat tu tapi bukan secepat minggu depan lah sebab sekarang saya ada exam.
JPA     : Oh, tak apa. Tiada limit masa. Kalau lambat sampai surat, lambat review, lambat masuk duit nanti.
Aku     : OK.Terima kasih