Blog ni Pasal Apa?

Blog ini perjalanan aku nak tukar kos.

Nama = Cik Sarimah (sape percaya ni nama aku dia gila..haha)
Tahun = Tahun 3
Fakulti = Kejuruteraan
Nak Grad = Lagi 3 semester
Sebab Tukar Kos = Aku dah bosan,tak boleh bawak.Hilang semangat nak belajar.
Background Akademik = Pernah menjadi pelajar cemerlang suatu ketika dahulu.Masuk U,terus down


Siapa yang berhajat nak tukar kos,boleh la tengok blog aku.Bukan ada panduan sangat pun.Tapi realiti dan sebuah jurnal.Aku dah bosan bila google dalam internet and pergi ke forum2 tengok orang post masalah nak tukar kos.Tapi,balik-balik segunung nasihat sahaja diorang dapat.Tiada yang real.Panduan yang betul-betul membantu.

Kalau perasan,tukar kos ni cam 20% je yang menyokong.Macamla tukar kos ni takde benda yang bagus.Aku rasa ramai je orang yang tukar kos jadi makin elok prestasi pelajarannya.Tapi diorang tak cerita dalam internet.Yang banyak cerita,tentang masalah sahaja.

Jadi aku ambil inisiatif buat blog tentang perjalanan nak tukar kos dari A to Z.Kalau ada masalah,masalah lah yang orang akan baca.Kalau ada kebaikan,itu jugak yang orang akan baca.Yang penting it is real.