Wednesday, December 15, 2010

Sudah Dapat Contoh Surat Tukar Kos

Dengan ini,saya mengumumkan saya sudah dapat contoh surat tukar kos.miahaha.gile poyo.

Thanks pada member aku yang sudah tukar kos. Aku dah tengok alasan dia guna dalam surat tu.Boleh lah nak goreng iras2 camtu sikit.Tapi still kompleks,surat tu tak semestinya lulus.Tambah2 aku dah tahun 3.Nak goreng apa la kat ketua jabatan nanti.

oh ya.Aku ada call senior/buddy yang sudah grad.Aku bagitau masalah and cadangan aku nak tukar kos.Dia pun merestui and menggalakkan lagi aku tukar kos.Dia kata kos yang kitorang ambik sekarang ni susah nak dapat kerja di Malaysia.LOL.

Hope pilihan aku tepat.Aamin

Sunday, December 12, 2010

Cara Apply Tukar Kos

Exam aku dah habis.Agak terkejut bila aku jawab tanpa tinggal blank paper.Menjawab tanpa stress dan pakai ilmu masa matematik matriks dulu.Jawab tapi konfem salah.hoho.Aku keluar 1jam awal.Semangat nak cari jalan macammana cara apply tukar kos.

Aku ada member yang baru tukar kos awal sem hari tu.Nak tanya dia tapi hold lah dulu.Aku plan nak tanya si razwan yg aku jumpa dalam blog pasal tukar kos hari tu.Profile fb razwan aku dah jumpa tapi fb aku tak boleh message orang.bugg!!!Nak tak nak aku tanya member aku yang dah tukar kos macam mana flow die.

Tulis surat permohonan tukar kos kepada Penonlong Pendaftar SKR (alamat cari la kat website UM), melalui dekan dengan sokongan ketua jabatan. kena dapatkan cop & tandatangan sokongan daripada dekan dan ketua jabatan.

Lepas tu proceed pegi SKR.

SKR akan uruskan dengan fakulti mana yang nak mintak tukar tu.

Selalunya urusan SKR dengan fakulti baru tu lambat, so kalo nak rasa secure, pegi sendiri jumpa dekan fakulti baru tu, bagi surat, dan mintak sokongan terus.

Nanti SKR akan meeting dgn HEP akademil + dekan dua-dua fakulti, masa tu lah baru ye akan decide, permohonan mu diterima atau ditolak. tapi kalo dah 2 dekan dapat sokongan, xde masalah.

Cuma untuk dapatkan sokongan daripada dekan tu, kena nyatakan sebab-sebab yang kukuh. esp dah tahun 3.

kalo ada dokumen pape, mmg kuat lah hujah.

dan bagitau jugak knape nak amik kos baru tu, sertakan dokumen2 yg berkaitan, ie kelayakan mu, result spm, muet, matriks.


Fuyh.Macam susah.Tapi member aku dah janji nak tolong carikan soft copy surat menyurat tukar kos dia.Senang sikit kerja.Tapi yang bab sokongan2 dekan tu aku rasa cam perah otak jugak.Apa hujah aku nak bagi nanti..Adoii.

Wednesday, December 8, 2010

Tukar Kos Masih Dapat JPA tak?

Walaupun seorang student yg looser,aku belajar engineering dapat sponsor dari JPA.RM5400 satu sem.Banyak la tu.Aku dah lama nak tukar kos.Tapi orang kata kalau tukar kos biasiswa ditarik balik.Lagi teruk kena saman lagi pasal melanggar perjanjian biasiswa JPA.

Aku kalau tak dapat JPA insyaAllah tak ada masalah kot.Bukan aku anak orang kaya.Tapi aku ada buat part time job yang boleh sara hidup aku sendiri.At least buat masa sekarang.Tapi kalau part kena saman tu yang tak tahan.Cerita ni dibuktikan lagi bila ada seorang customer aku ni,adik dia belajar engineering di Jepun.Tahun 3 nak tukar pergi sastera.Dia kata kena bayar balik kat JPA sebab tukar kos.

Semalam aku terasa nak google.aku type

tukar kos jpa

Jumpa satu blog mamat ni.Dia nak tukar kos.Dia pun under JPA.Dia sama universiti dengan aku pulak tu.What a relief.Dia lagi berani.Pergi call JPA terus tanya macam mana.Rupanya bila tukar kos JPA tak saman pun.Ada surat sokongan dari universiti, biasiswa JPA masih boleh diteruskan.Itu entry post dia bulan 4.Tengok yang terbaru,dia sudah berjaya tukar kos yang dia minat.Fuhh..Alhamdulillah.

Langkah aku seterusnya.Contact lelaki ini tanya macam mana flow tukar kos and JPA things. Tapi pape pun,aku ada paper last hari ni.Signal System.Boleh cakap paper confirm fail lah.

hopefully ini last paper aku ambik as engineering student.

Tuesday, December 7, 2010

Inilah yang membunuh aku

Aku bukak test + solution signal system.Semua penuh dengan formula.Benda ni lah yang membunuh aku.Number.Sigh~at last aku end up bukak blog politik.Pasal nak baca cerita azmin ali pakai batik pergi demo air syabas.LOL

Tak expect banyak pun.Kalau lulus ajaib,kalau fail hope lecturer up sikit mark aku.Alang2 fail bialah c-.Pointer matter..By the way,universiti aku memang suck.Kos aku kalau nak lulus kena 50++.Kos yang aku ambik 89% calculations.

Mathematicoooccccgghhh!!

Agaknya kalau 89% calculation bape peratus keberangkalian aku boleh lulus dan graduate engineering dengan aman?huh!!

Rasa nak tukar kos.Inilah feeling bila time exam.Kalau lulus,taknak tukar balik.

Tidak istiqamah.kuikui

Thursday, December 2, 2010

Selepas Selesai 2 Paper Final Exam

Selepas programming,esoknya paper biomaterial.Which means semalam.Review pasal exam sikit:"boleh lah".Selesai 2 paper final exam tu,aku kembali bisnes.Sebenarnya,masa first paper,tiap-tiap petang aku nak cepat2 keluar exam hall nak cek email and sms.Mana tau ada orang nak ambik barang petang tu.Exam aku habis pukul 5.

Paper programming aku study pagi tu.Exam petangnya.Hasilnya lumayan sekali. haha.Boleh la jawab 2 soalan dari 4 soalan.Aku dapat rasa paper ni akan repeat lagi sekali.Kalau aku study awal pun aku tak paham jugak apa yang aku baca.Otak aku tak boleh sumbat function,math,formula dan nombor yang serabut.Ambik engineering adalah salah pilih kos okayh.

Biomaterial buat kat exam hall.Bukan cam paper programming yang buat di lab computer tu.Yang ni kasik feel cuak exam sikit.Aku dah nampak si Jamil start buat draf jawapan sebelum exam mula lagi.Biasa la,kita curi2 bukak paper time ketua pengawas dok membebel.Nampak sangat otak dia dah penuh dengan jawapan.Jamil tu top malay student bagi kos aku.Dia jugak best student Malaysia masa STPM.No wonder.Aku?. buat la apa yang aku ingat masa hafal pagi exam tu.Kesimpulan,tak de soalan yang aku tinggal.Merapu 50%.huh

Next paper economy.Ini kira ok.Tak banyak calculation.Tapi famous dengan subjek yang menjatuhkan pointer.Lulus bukan 50%.Kurang sikit.Aku betul2 harap dapat pass yang ni.