Saturday, May 23, 2015

Sudah Bekerja dalam FCPO

Aku melewati post post lama dalam blog ni. Bahasa aku ringkas, aku puas.

2010 - 2015. Tahun ke 6 dari aku memulakan blog tukar kos ni. Setiap tahun jugalah aku akan menerima email dari komen di blog ini yang meminta contoh surat tukar kos. Kadang aku pasrah, baca tanpa berbalas.

Tahun 2015 genap lah setahun aku drop out. Ya drop-out. Aku gagal menghabiskan pengajianku. Sampai tahun ke-6 engineering aku masih berbaki separuh credit hour lagi. Jika betul perkiraan aku, aku memerlukan 2 tahun tambahan untuk sempurnakan kredit menjadikan ia 8 tahun. Aku ambil keputusan, aku berhenti. Kecewa ya, malu usah dicerita.

Blog ini dibina untuk rujukan pelajar yang mahu tukar kos. Segala perjalanan aku dalam menukar kos, aku catit. Di pertengahan jalan bertukar kos, selepas berhadapan dengan ketua jabatan fakulti aku tak jadi tukar kos. Ternyata aku silap. Menyambung dalam kos yang sama tidak menjadi bagi aku.

Jadi, apa aku buat sekarang?

Aku masih berbisnes seperti dahulu. Tapi algorithm ia lain. Bisnes di internet memang begitu, berubah sepantas musim. Sale? Merudum. Aduh!

Sekarang aku mempunyai office sendiri. Alhamdulillah. Tapi bukan untuk berniaga. Untuk trade saham dan FCPO. Aku terjebak di atas desakan mencari rezeki di bumi Tuhan tanpa keperluan sekeping sijil yang dipanggil ijazah. InsyaAllah aku kongsikan gambar ofis aku apabila sempat.

Kepada saudara saudari yang mahu bertukar kos, nasihat aku FIKIRLAH sedalam-dalamnya. Kadang kita tahu apa masalah kita tapi kita dalam fasa denial. Perniagaan aku tidak stabil sekarang, kerjaya sebagai trader saham tidaklah seringkas seperti yang dijangka. Jika aku belajar dengan tekun, sekarang mungkin aku seorang engineer bergaji walaupun tidak besar tetapi stabil.

Menyesal drop out? Jika ingin diputarkan masa untuk aku kembali pada zaman universiti, huh tak terkata.

Menyesal drop out? TAK
Menyesal tak tukar kos? YA, SAYA MENYESAL.

Aku harap dengan 2 statement tadi dapatlah korang yang sedang dalam dilema secebis idea yang mungkin berguna untuk menilai masa hadapan korang.

Nah, aku kepilkan gambar ofis trading aku sebagai akhirnya!

Saturday, February 18, 2012

Dia Tak Jadi Tukar Fakulti dan Dia Berjaya

Selepas aku tak jadi tukar fakulti, aku memang pelukan benda-benda motivasi macam ni.

Banyak yang aku cuba baca untuk set up minda kembali ke jalan yang simple untuk lalui kesusahan study. Ada satu kisah ini, pasal 2 senior aku. Senior A namanya Alan, Senior B namaya Latif.

Alan: 
Result power dapat 3.0. Pandai budaknya.Senior aku yang baik.Masa aku nak tukar kos dia yang support jugak.Dia kerja bukan dalam bidang engineering sekarang.Katanya engineering macam kita ni susah nak dapat kerja sebagai engineer.Ramai je yang lari jauh.

Latif:
Aku tak berapa kenal dia.Tapi aku cam dia sebab dia selalu ada dalam kelas batch kitorang.Maksudnya, 'banyaknya dia repeat paper woi!Sampai kena ambik lagi sekali dengan junior!'. No harm, aku pun akan jadi macam tu jugak nanti.Dia extend satu tahun.Dia tak complete degree dalam masa 4 tahun, tapi 5 tahun. Ponter dia aku berani cakap tak sampai 3.0 pun.

Last aku baca pasal diorang.Alan masih tercari-cari dan bertukar-tukar pekerjaan mengikut seleranya.Latif sudah mendapat posisi yang bagus sebagai engineer.Aku punn like, what??!!!Powernya Latif ni.

Aku ada contact Latif mintak nasihat dan pandangan tapi dia tak reply pun message facebook aku.Sadis jugak. Tapi tak apa lah, mungkin dia sibuk.Kenduri nak dekat katakan.

Walaubagaimanapun, aku memang inspired selepas dengar cerita Latif. Dan tiba-tiba aku rasa nak jadi engineer semula.

Haa tu dia!!

Bagaimana Menguruskan 2 perniagaan Semasa Study

Aku ada 2 bisnes yang aku run.Satu bisnes utama, income everyday dan satu lagi income weekend yang gajinya sama dengan tukang isi minyak di petronas.Hehe.

Memang syok dapat duit, income setiap bulan. Aku berjaya lalui satu semester tanpa biasiswa JPA bagi semester lepas.Proud of myself.

Tapi problem ialah, macam mana nak urus masa. Aku nak buat to-do-list:


  1. Call schools to complete my thesis
  2. Daftar subjek minggu ni last woi.Aku dah daftar sikit tapi pointer aku boleh makan sem ini, faculty bagi aku ambik jam kredit lebih.Tambah lagi woi!
  3. Bisnes utama.Orang nak jadi dealer jadi aku kena buat platform dan set up borang untuk diorang.
  4. Seriously I need a shop now.Want to let anyone?
  5. Bisnes weekend aku perlu lebih fresh. Need to think a new idea.
  6. Ambik subjek yang senang tapi banyak kredit hour untuk sem ini. Untung-untung dapat 3.0. Haha
The list is go on and on. Never finish. Now see why I cannot focus 100% on study. I have billions things to do. If you wanna score in exam, focus beb.Jangan jadi macam aku. Aku sudah perhambakan diri pada 2 benda. Kamubergembiralah dengan study ya!Selama masih ada peluang.



Najib cakap Kelantan Negeri Termiskin

Lepas Najib cakap Kelantan negeri termiskin di Sabah baru-baru ini, ramai juga yang butthurt.

Bagi orang Kelantan, kenyataan Kelantan negeri termiskin adalah lagi perit untuk ditelan dari Malaysia negara termiskin di Asia. Kelantan oh Kelantan!

Hah. Yang profesor bagi kenyataan PM Malaysia gagal sebab tu Kelantan miskin. Oh ya, profesor itu jugak orang Kelantan.Hah!

Macam-macam.

Bagi aku, biarlah orang nak cakap negeri kita apa pun. Kamu kerja, kamu dapat duit. Kamu banyak komen, kamu buang masa saja. Bukan tak ada orang Kelantan jutawan kat KL. Bukan juga tak ada orang Kelantan yg merempat di KL. Chill!

Friday, February 17, 2012

Petronas Datang Nak Interview Untuk Ambil Kerja

yes.they come to our uni.To recruit some students to work with them.

Tapi aku bengang sebab semua engineering lain ada ditawarkan, tapi engineering yang aku ambil ni petronas tak nak interview.Fuh,Inilah susahnya ambil kos yang power di luar negara, tapi peluang kerja kecil dalam negara.

Sape taknak kerja Petronas.Starting RM4000 beb!


Result Pointer Exam Selepas Kembali Masuk Engineering

Sejujurnya pointer aku paling tinggi sejak semester satu hanyalah lebih kurang 2.1 sahaja. Untuk lulus exam pointer yang diperlukan 2.0 ke atas. Atau jadi bawah pemerhatian lah kalau dapat bawah 2.0. Keputusan exam aku  tidak stabil, kalau sem ni atas 2.0 kemungkinan sem depan tiba-tibah di bawah pemerhatian.Oh,ya.JPA tak suka kita bawah pemerhatian.But trust me JPA is a lot of better than PTPTN when it comes to consideration or kesian student.

Sebab tu, aku tak pernah di tarik balik lagi biasiswa walaupun beberapa kali bawah pemerhatian.Aku dengar kawan aku, kalau ptptpn tu sekali dapat bawah 2.0, memang ditarik terus.Peh!

Semester ni aku sengaja ambik satu subjek yang senang bagi aku.Dan aku rasa boleh dapat A insyaAllah.Dan aku dapat A subjek tu.3jam kredit tuh.Boleh back up result lain.Oh ya.Itu bukan subjek engineering ya, fakulti lain. Aku nak dapat 3.0 sebenarnya.Aku dah janji pada diri, kalau dapat 3.0 aku nak beli Macbook Pro. Sekarang macbook tu ada depan mata aku tapi aku tak boleh nak beli sebab aku dapat 2.75 sahaja.

2.75

2.75

2.75....

Baru aku perasan, itu result terbaik aku lah.Wah power2.Hahaha


Surat Yang Diperlukan Untuk Apply JPA Semula

Aku tak dapat biasiswa JPA setelah cuti 1 semester hari tu. Akibatnya, sem seterusnya duit tak masuk lah.
Jadi, aku call JPA dan dia mintak buat surat. Ini surat  yang diperlukan:


1) surat permohonan
2)Nyatakan alasan cuti dan start bila
3)kepilkan salinan keputusan exam setiap sem
4)salinan surat kelulusan penangguhan
5)surat pengesahan sambung semula

Akak JPA yang call aku bagitahu pasal keperluan surat ini series cakap sangat laju.Hahaha