Saturday, May 23, 2015

Sudah Bekerja dalam FCPO

Aku melewati post post lama dalam blog ni. Bahasa aku ringkas, aku puas.

2010 - 2015. Tahun ke 6 dari aku memulakan blog tukar kos ni. Setiap tahun jugalah aku akan menerima email dari komen di blog ini yang meminta contoh surat tukar kos. Kadang aku pasrah, baca tanpa berbalas.

Tahun 2015 genap lah setahun aku drop out. Ya drop-out. Aku gagal menghabiskan pengajianku. Sampai tahun ke-6 engineering aku masih berbaki separuh credit hour lagi. Jika betul perkiraan aku, aku memerlukan 2 tahun tambahan untuk sempurnakan kredit menjadikan ia 8 tahun. Aku ambil keputusan, aku berhenti. Kecewa ya, malu usah dicerita.

Blog ini dibina untuk rujukan pelajar yang mahu tukar kos. Segala perjalanan aku dalam menukar kos, aku catit. Di pertengahan jalan bertukar kos, selepas berhadapan dengan ketua jabatan fakulti aku tak jadi tukar kos. Ternyata aku silap. Menyambung dalam kos yang sama tidak menjadi bagi aku.

Jadi, apa aku buat sekarang?

Aku masih berbisnes seperti dahulu. Tapi algorithm ia lain. Bisnes di internet memang begitu, berubah sepantas musim. Sale? Merudum. Aduh!

Sekarang aku mempunyai office sendiri. Alhamdulillah. Tapi bukan untuk berniaga. Untuk trade saham dan FCPO. Aku terjebak di atas desakan mencari rezeki di bumi Tuhan tanpa keperluan sekeping sijil yang dipanggil ijazah. InsyaAllah aku kongsikan gambar ofis aku apabila sempat.

Kepada saudara saudari yang mahu bertukar kos, nasihat aku FIKIRLAH sedalam-dalamnya. Kadang kita tahu apa masalah kita tapi kita dalam fasa denial. Perniagaan aku tidak stabil sekarang, kerjaya sebagai trader saham tidaklah seringkas seperti yang dijangka. Jika aku belajar dengan tekun, sekarang mungkin aku seorang engineer bergaji walaupun tidak besar tetapi stabil.

Menyesal drop out? Jika ingin diputarkan masa untuk aku kembali pada zaman universiti, huh tak terkata.

Menyesal drop out? TAK
Menyesal tak tukar kos? YA, SAYA MENYESAL.

Aku harap dengan 2 statement tadi dapatlah korang yang sedang dalam dilema secebis idea yang mungkin berguna untuk menilai masa hadapan korang.

Nah, aku kepilkan gambar ofis trading aku sebagai akhirnya!

2 comments:

  1. assalam awak. klu drop out u, JPA mntk tuntutan bayar gnti rugi tak? sory ganggu. sy pindah u msa 2nd year dlu. lps tu JPA hntikan biasiswa. :( so skrg xtau kna byr gnti rugi ke x

    ReplyDelete
  2. Kena bayar jika JPA minta. Jangan kita lupa JPA juga ada budi bicara yang mungkin dapat menguntungkan kedua dua belah pihak. Apa apa pun berdoa dan tawakal.

    ReplyDelete