Saturday, February 18, 2012

Dia Tak Jadi Tukar Fakulti dan Dia Berjaya

Selepas aku tak jadi tukar fakulti, aku memang pelukan benda-benda motivasi macam ni.

Banyak yang aku cuba baca untuk set up minda kembali ke jalan yang simple untuk lalui kesusahan study. Ada satu kisah ini, pasal 2 senior aku. Senior A namanya Alan, Senior B namaya Latif.

Alan: 
Result power dapat 3.0. Pandai budaknya.Senior aku yang baik.Masa aku nak tukar kos dia yang support jugak.Dia kerja bukan dalam bidang engineering sekarang.Katanya engineering macam kita ni susah nak dapat kerja sebagai engineer.Ramai je yang lari jauh.

Latif:
Aku tak berapa kenal dia.Tapi aku cam dia sebab dia selalu ada dalam kelas batch kitorang.Maksudnya, 'banyaknya dia repeat paper woi!Sampai kena ambik lagi sekali dengan junior!'. No harm, aku pun akan jadi macam tu jugak nanti.Dia extend satu tahun.Dia tak complete degree dalam masa 4 tahun, tapi 5 tahun. Ponter dia aku berani cakap tak sampai 3.0 pun.

Last aku baca pasal diorang.Alan masih tercari-cari dan bertukar-tukar pekerjaan mengikut seleranya.Latif sudah mendapat posisi yang bagus sebagai engineer.Aku punn like, what??!!!Powernya Latif ni.

Aku ada contact Latif mintak nasihat dan pandangan tapi dia tak reply pun message facebook aku.Sadis jugak. Tapi tak apa lah, mungkin dia sibuk.Kenduri nak dekat katakan.

Walaubagaimanapun, aku memang inspired selepas dengar cerita Latif. Dan tiba-tiba aku rasa nak jadi engineer semula.

Haa tu dia!!

1 comment:

  1. Belum masuk uni lagi. daftar 1 sept ni kat uitm kos optometry. macam mana nak tahu yg uni tu boleh tukar kos ke x? sbb mmg nak tukar kos dentistry and taknak masuk ipts.

    ReplyDelete