Wednesday, January 26, 2011

Rekod Sengih Paling Lama

Bila aku dapat 2 berita yg best,sengih je memanjang.Satu pasal study,satu pasal belanja study.
Semalam aku buat blog post cuak satu hari.Kononnya tahap nak sepak orang.Tapi aku tak pandai meyepak orang pun.Sebab aku perempuan.Tapi heran jugak aku dengan sorang budak yang aku kenal ni.

Dia perempuan,Boleh pulak dia cter dia nak tampar perempuan lain yang buat dia sakit hati.Aku diam je,tapi dalam hati,"Come on weyh, awak tu perempuan.".Bagi aku perempuan kena lemah lembut.Ladylike quality tu hancur bila mana perempuan mengangkat tangan nak pukul orang.Sejak itu la aku jadi hilang respek pada budak tu.Dulu respek sebab umur je.Mengenangkan dia pernah jadi ketua pelajar,biar je la die dengan egonya.

Oh no,apa aku merepek satu perenggan tu!



Yuran aku sem ni tidak dikira.Yay!





Aku ada 2 berita gembira.Agaknya kalau aku letak gambar orang boleh paham tak?
Duit aku kurang RM50.25 makan di sini




Semalam cek di ATM,duit JPA aku masuk.Alhamdulillah.Ingatkan tak masuk dah sebab aku isi borang cuti sem hari tu aku tulis dapat biasiswa JPA.Kotla dia nak bekukan sementara.Menu bihun sup petang semalam ganti dengan makanan kat atas.Mahal takpe,asalkan makanan menyihatkan..Hehe.ayat buat sedap hati.

Yuran sem aku tak dikira.Effisyen jugak fakulti engineering ni.Aku bagi surat kat jabatan,dia pass kat fakulti,then pada seksyen pendaftaran.Aku hantar surat pun pada hari pengesahan subjek.Kalau dia lambat sikit buat kerja,terpaksalah kira 3jam kredit subjek bahasa arab yang aku register tapi tak pergi kelas tu.Mahu jugak RM100 yuran bahasa arab tu.Aku makan baru separuh harga..haha


Tuesday, January 25, 2011

Hari yang rasa nak sepak orang

hoho..aku tengah cuak.biasiswa JPA dah masuk katanya.orang lain dah beli nfon sebijik sorang.aku tak pergi cek lagi kat atm duit aku.Entah masuk entah tak.

Haritu masa isi borang cuti semester,die ada part yg 'nyatakan biasiswa atau pinjaman yang anda ambil'..aku tules lah jpa tanpa pikir panjang.balik rumah dok mencarut2 dalam hati.kot ye pun dapat jpa,toksah bagitau orang.especially office engineering..huh

Aku syak,soalan camtu sebab nak bekukan biasiswa utk sem ni la tu.Dah aku cuti,buat apa dia nak bagi..bayar yuran pun tak perlu dah.Silap2 aku pergi beli kancil sebijik pakai duit jpa tu..haha

Jadi aku dengan slumbernya buat2 taknak pergi cek.Nanti aku semangat pergi atm,tengok takda duit.Sayu jugak tu.Kalau cek pakai internet takpe jugak dokk.

Pape pun hari ni aku ada sesi fotografi dengan budak engineering.Segan jugak nak pergi tapi orang ajak.harus pergi la.Sem lepas aku tak beli gambar nya.Sem ni kalau rm20 pun konfem aku beli la.kenangan beb.haha

Fotografer tu pernah beli battery grip dengan aku kot last sem.Bukan sebiji,2bijik..haha.Tapi aku syak die dah tak cam aku.pasal minggu lepas masa aku hantar surat cuti semester tu,aku nampak die kat fakulti..aku senyum die,senyum nipis.

Tuesday, January 18, 2011

Tangguh Sem/Mintak cuti di Engineering

Proses tukar kos ini memang lambat.Kena berhubung dengan banyak pihak.Mungkin yuran akan terus berjalan sebab dah nak masuk minggu pengesahan subjek.

Aku ada call member aku yang dah tukar kos.Dia tolong fikirkan masalah aku,which is good thing.Dia cadang,ambik surat cuti atau tangguh semester dulu dengan engineering.Nanti kalau dapat tukar kos,boleh jugak sambung terus sem ni.Tapi dalam fakulti baru lah.

Kalau aku hold macam ni,kemungkinan besar status aku masih dalam engineering.Yuran aku akan ditolak.Kalau cuti semua proses dibekukan.

Next step;

Go to Dean Office.Apply surat cuti/tangguh semester.Actually memang dia ada borang pun kat sana.Tapi kalau aku bagi surat pun takpe gak rasanya.Nanti aku dalam surat tu aku tulis.Sebab tangguh sem untuk menguruskan pertukaran kos.

Sambung Tulis Surat Tukar Kos - Susahnya~

Aku dah buat surat.sampai no 2.Kononnya nak sambung tulis surat tukar kos yang tergantung hari tu.Then aku tak tahu dah nak tulis apa.Cuak dengan ayat dekan aku yang cakap,kelulusan surat adalah berdasarkan input yang diberi dalam surat tersebut.Oh!Ni mesti nak surat tip-top.


Idea.Idea!

Sila Datang!

Oh ya.Aku dapat tau,dekan fakulti yang aku nak tukar itu,baik orangnya.Cayalah.Nanti aku nak cari apa email dia.Then nak mintak sokongan dia luluskan pertukaran aku.

Monday, January 17, 2011

Dekan Sudah Reply Email ..Yahoo!!!

Tadi aku cek email yahoo.Yup.Dekan sudah reply email aku.Aku set up kan satu emel untuk study-related sahaja.Dan emel ni nama pun formal and tak merapu.

Aku email semalam.Kira ok dia reply hari ni.Dah jadi trend orang atasan kot.Bila reply seciput.


Salam

Minta saudari buat permohonan bertulis utk pertukaran yg diminta.

pihak kami akan meneliti dan keputusan akan dibuat berdasarkan input yg diberi



Apa probability akan lulus eh?Paling selamat kena ada dokumen sikit mengesahkan.Kawan aku yang dah tukar kos tu dia ada support dengan dokumen perubatan.

Aku rasa aku nak jumpa kaunselor la.Nanti boleh ambik test untuk tengok kos mana yang sesuai dengan jiwa.Bila ngam dengan kos yang aku nak ambil nanti,aku nak mintak kaunselor tu buat surat/pengesahan aku dah jumpa dia.

Ada dokumen lagi solid kot.Pape pun.Email Dekan Fakulti tu sudah menceriakan hidup aku hari ini.

Alhamdulillah..

Menyesal Tak Pergi Kelas

Bila dah minggu ke 3 tak pergi kelas,akan ada satu perasaan cam tak best.

Bila tengok orang pergi u,masuk kelas.Kita pergi untuk pos barang bisnes sahaja.

Orang sibuk letak status,"boring la kelas hari ni".
Kita,"Boring la tak de benda nak buat".

Menyesal pulak tak ikut cakap Ketua Jabatan suruh pergi kelas.Sambil urus pasal tukar kos,kelas kena pergi.Tapi aku tak sempat daftar subjek sebab tertidur tengok Smallville hari tu.Nak daftar manual,kena denda bayar la pulak.

Agaknya,kalau pergi kelas tanpa daftar boleh tak?Aku dah tahap bosan macam dugong dah ni.


Huuuuhh!

Eh,semalam aku rasa aku dapat kemurungan/depression lah.Sayu je aku semalam.Tengok,macam mana study boleh buat kita sakit.Sakit jiwa dan perasaan..Chey wah.

Aku rasa kalau aku tak ponteng kelas dari minggu pertama tak jadi camni kot.Tapi stress maintain ada,sebab belajar benda yang makin susah

Esok aku nekad.Kalau sama je status aku macam ni,Aku nak masuk kelas.
Apa orang nak kata,kata lah

Dekan Fakulti Tak Reply E-mail

Aku dah jumpa alamat e-mel dekan fakulti,then aku terus emel.Tak seperti email ketua jabatan, dekan fakulti ni tak reply email sepantas Ketua Jabatan aku.Mungkin lagi sibuk.Entah-entah dia tak buka pun email aku sebab masuk spam.aisyh..

Apa nak buat,kena menunggu je la.Aku boleh je pegi jumpa dekan terus.Tapi buatnya dia ada meeting,tak ke naya kena patah balik.Habis minyak motor je.Dahla scholarship lambat masuk tahun ni.fhuu~

Cara terbaik nak kontek orang atasan ni adalah arrange appointment dengan s/u dia.Sebab dekan ni adalah seorang yg sangat bz.Tapi bagi aku,baik aku emel dulu.Kemudian kalau dia nak jumpa kita,dia akan suruh kita kontek s/u dia untuk arrange appointment.

Tapi kali ni lambat pulak dekan fakulti reply email aku.Hurm.aku rasa aku nak cuba email timbalan dekan la pulak.tapi malas pun ada.Bukan apa.Nanti habis semua pejabat dekan tu heboh.Budak tahun 3 nak tukar kos.Ok.Aku perasan

Sunday, January 16, 2011

Kesilapan: Terlepas Add n Drop Weeks

Ok.Aku mengaku memang aku telah buat benda bongok.Antara benda yang kita kena alert kalau nak tukar kos adalah minggu add and drop subjek.Biasanya kalau kita dah dalam mood nak tukar kos,semua pasal study-related jadi malas nak urus.

Semalam 16 januari 2011,last date add n drop subjek.Semalam jugak aku sibuk beli tikar getah baru,beli pelapik mangkuk tandas baru dan selak pintu baru.Semua tu barang rumah yg rosak dan perlu ganti.Aku cari kat Kedai2 area Bukit Angkasa je.Penat seharian aku settle masalah anai2 sampai la bentang tikar getah baru dalam bilik tu.Kerja tak banyak,tapi sebab buat sorang mau semput la jugak.

Malamnya aku tengok TV je.Nak bagi badan upah rileks2 seharian penat.Aku dah daftar satu subjek during add n drop week.Bahasa Arab.Tapi rupanya arab bukan subjek Elektif Luar(EL) utk sem ni.Tapi takpe.Aku cadang nak drop arab dan ambik balik semua subjek engineering tu.Semalam last,aku kononya nak buat time tengok tv.Mula2, Merlin pastu Smallville.Takpe lah,lepas smallville aku online nak add and drop.Jadikan citer,aku tertido depan tv sbb kepenatan.Bila terjaga tengok ada AJL Ulangan.Aku dah lupa nak add n drop terus pegi tido.Bangun dengan perasaan menyesal.

Sigh~

Aku takkan nak diam rileks camni je kan.Kena cari solution.Ini assumption penyedap hati

- Even satu subjek je aku daftar,nama aku masih dalam sistem student UM.No fear.Kalau tak daftar langsung,dia kira terkeluar dari sistem.Lagi susah nak settle down everything

-Aku memang nak tukar kos.Buat apa nak mengeluh tak sempat daftar subjek engineering pulak

-Let's google kot2 ada blog berkaitan yg boleh dibaca pasal masalah ini

-Tarikh Sah subjek pada 19hb.Bila dah sah,baru die kira yuran.Kang tak pasal2 aku kena bayar yuran bahasa arab yg aku tak ambil tu.Aku nak settlekan pasal surat menyurat sebelum 19hb


Since Ketua Jabatan aku dah bagi green light.Die cakap die bole sokong surat aku.Seterusnya,go to pejabat dekan.Tapi aku rasa nak emel die dulu tengok cane.Bukan senang nak jumpa orang2 atasan.Kalau tak buat appointment,bjanggut la kena menunggu.So,jom google apa nama emel dekan aku.

Friday, January 14, 2011

Kena Puji Budak Pandai

Ada ke patut Lecturer aku cakap aku bukan bodoh.Ok lagi ayat tu.Tapi dia tambah,

"Awak brilliant student"

Rasa nak bagi RM100 je.Saguhati buat ayat yang membuatkan budak under observation macam aku ni terasa pandai.Haha

Berjumpa Dengan Ketua Jabatan

Minggu ke 2 kelas tapi satu kelas pun aku tak pergi.Tak pe.Aku tak daftar subjek engineering pun.Aku daftar satu kelas je.Bahasa Arab.Frust sebab tak dapat daftar last sem.

Aku ada emel ketua jabatan pasal masalah study dan keputusan nak tukar kos pada tahun 3.Dia jawab ringkas.

"Sila jumpa saya untuk berbincang tentang hal ini"

PPanngg!!!Ambek kau.Kene jugak jumpa.Aku malas sebenarnya.Nak tukar kos pun aku malas nak urus proses.Tambah pulah bisnes aku minggu ni tak berapa bagus macam cuti hari tu.Masalah susah nak cari orang baru pasal rumah sewa hudus pun ada.haha.Kira pakej lengkap.

Tadi aku jumpa Ketua Jabatan.Macam biasa,kena basuh.Tapi agak profesional cara dia basuh.Main2 psikologi.Masa depan dia aku berbelah bagi la jugak.Balik rumah,atas motor aku berfikir.Sampai rumah buat keputusan.Memang aku nak tukar.

Sekian