Wednesday, January 26, 2011

Rekod Sengih Paling Lama

Bila aku dapat 2 berita yg best,sengih je memanjang.Satu pasal study,satu pasal belanja study.
Semalam aku buat blog post cuak satu hari.Kononnya tahap nak sepak orang.Tapi aku tak pandai meyepak orang pun.Sebab aku perempuan.Tapi heran jugak aku dengan sorang budak yang aku kenal ni.

Dia perempuan,Boleh pulak dia cter dia nak tampar perempuan lain yang buat dia sakit hati.Aku diam je,tapi dalam hati,"Come on weyh, awak tu perempuan.".Bagi aku perempuan kena lemah lembut.Ladylike quality tu hancur bila mana perempuan mengangkat tangan nak pukul orang.Sejak itu la aku jadi hilang respek pada budak tu.Dulu respek sebab umur je.Mengenangkan dia pernah jadi ketua pelajar,biar je la die dengan egonya.

Oh no,apa aku merepek satu perenggan tu!



Yuran aku sem ni tidak dikira.Yay!





Aku ada 2 berita gembira.Agaknya kalau aku letak gambar orang boleh paham tak?
Duit aku kurang RM50.25 makan di sini




Semalam cek di ATM,duit JPA aku masuk.Alhamdulillah.Ingatkan tak masuk dah sebab aku isi borang cuti sem hari tu aku tulis dapat biasiswa JPA.Kotla dia nak bekukan sementara.Menu bihun sup petang semalam ganti dengan makanan kat atas.Mahal takpe,asalkan makanan menyihatkan..Hehe.ayat buat sedap hati.

Yuran sem aku tak dikira.Effisyen jugak fakulti engineering ni.Aku bagi surat kat jabatan,dia pass kat fakulti,then pada seksyen pendaftaran.Aku hantar surat pun pada hari pengesahan subjek.Kalau dia lambat sikit buat kerja,terpaksalah kira 3jam kredit subjek bahasa arab yang aku register tapi tak pergi kelas tu.Mahu jugak RM100 yuran bahasa arab tu.Aku makan baru separuh harga..haha


No comments:

Post a Comment