Friday, January 14, 2011

Berjumpa Dengan Ketua Jabatan

Minggu ke 2 kelas tapi satu kelas pun aku tak pergi.Tak pe.Aku tak daftar subjek engineering pun.Aku daftar satu kelas je.Bahasa Arab.Frust sebab tak dapat daftar last sem.

Aku ada emel ketua jabatan pasal masalah study dan keputusan nak tukar kos pada tahun 3.Dia jawab ringkas.

"Sila jumpa saya untuk berbincang tentang hal ini"

PPanngg!!!Ambek kau.Kene jugak jumpa.Aku malas sebenarnya.Nak tukar kos pun aku malas nak urus proses.Tambah pulah bisnes aku minggu ni tak berapa bagus macam cuti hari tu.Masalah susah nak cari orang baru pasal rumah sewa hudus pun ada.haha.Kira pakej lengkap.

Tadi aku jumpa Ketua Jabatan.Macam biasa,kena basuh.Tapi agak profesional cara dia basuh.Main2 psikologi.Masa depan dia aku berbelah bagi la jugak.Balik rumah,atas motor aku berfikir.Sampai rumah buat keputusan.Memang aku nak tukar.

Sekian

No comments:

Post a Comment